KEMBARA SYAHADAH - BANGLADESH

Kembara Syahadah Bangladesh


Dhaka Bangladesh 26 - 28 February 2018.  Hari Pertama temujanji dengan kedutaan Malaysia di Dhaka. Bertemu dengan setiausaha ke 3 . Tuan Mohd Fadley. Sebelum berangkat kami dapat juga berjumpa dengan Embasador Puan Norasyikin. Kami berkongsi pengalaman menjayakan Program World Syahadah Confrence yang telah berjaya di adakan di Malaysia pada tahun 2017. 

alhamdulilah dapat kami bertukar buah fikiran mengenai masyarkat Islam dah cara kehidupan masyarakat di sini banyak membantu kami dan kami belajar mengenai banyak perkara dengan perkongsian dari Tuan Mohd Fadley dan Puan Norasyikin sendiri. Terima kasih tak terhingga dari kami team WSC Road Tour .

Perjalanan kami di teruskan lagi dengan majlis makan malam bersama beberapa ahli perniagaan, tokoh koporat , ahli  agama dan
beberapa cendiakawan negara. Majlis berlangsung di Khazanah Restoran. Antara yang hadis pada makan malam tersebut , yaitu Salehuddin Kassim yang merupakan Tuan Rumah bagi Majlis tersebut, turut hadir, AKM Nurul Fazal Bulbul, Dr Muhammad Mazid, Lt Gen Mohammad Noorudin Khan, Wajid Ali Khan, Prof Dr M Anwar Hossain dan Dr Muhammad Ayub Miah. Majlis berlangsung dengan penuh hormani. Makanan ala buffer menyajikan makanan tempatan. Alhamdullilah

Keesokan pagi nya Temujanji bersama Bangladesh Islamic Foundation bertempat Agargaon, Sher-e bangla Nagar Dhaka. Perjalanan dengan hiruk pikuk bunyi hon serta jalan yang berdebu dan tidak teratur mengambil masa hampir 2 jam walau pun hanya 15km. 
kehadiran hampir 50 ulama, Mufti dan NGo agama yg lain nya memenuhi ruang kamar persidangan. Kami memperkenalkan World Syahadah Program dan menjemput ulama yang berminat untuk turut serta menghadiri WSC 2018 di New Delhi nanti. Dan wakil NGO tersebut Sheikh Dr Khizir Hayat Khan
menawarkan kami mengadakan majlis ilmu bersama Siswa pada bulan September nanti. InsyaAllah moga dapat di jayakan bersama nanti.


Kami pulang ke hotel untuk temujanji seterus nya bersama Professor Dr Anisuzzaman Department of Philosophy, University of Dhaka. Beliau adalah peserta VIP pada WSC yang lalu di Kuala Lumpur. Pertemuan bersama beliau memeterai beberapa perjanjian untuk menjayakan WSC peringkat Negeri dan lain lain agenda menjaya dan memertabatkan Ilmu kalimah Tauhid. Ilmu Laillha Ilah Allah.

Atas dasar ingin belajar dan mahu mengetahui lebih dalam akan Ilmu Maha Agung ini kami sekali lagi di jemput menghadiri pertemuan bersama NgO yg berminat mengenai WSC. Kami di jemput melawat kesebuah intitusi yang bernama Institute of Hazrat Mohammad SAW, Dhaka. Intitusi tersebut memberi tawaran kepada sesiapa yg berminat mempelajari ilmu dengan percuma , menyediakan platfom untuk melatih orang kurang upaya menjalani kehidupan seharian dengan berkerja sebagai operator dan lain- lainnya. 
Kami juga menawarkan peluang pembelajaran secara systematik dalam pengajian ilmu kalimah Tauhid Ilmu Laillha ilah Allah dan Ilmu Syahadah. Maka temeterai lah perjanjian kerjasama antara Institute of Hazrat Mohammad SAW ,Dhaka dan WSC Malaysia.

Dalam kesempatan yang ada kami di pertemukan dengan DR Harun Heeds Group yang amat amat teruju dengan Program yg di Tawarkan dengan serta merta menawarkan diri untuk menjadi penaja sepenuhkan untuk Program WSC Bangladesh. Moga Allah permudahkan semua nya. 

Alhamdulillah Kembara Bangladesh yang di sertai oleh Tuan Hazif, Tuan  Faiz dan saya sendiri Ummie Hasmah yg di ketuai oleh Tuan Sheikh Dr Ismail berjalan dengan jaya dan lancar. Semoga Allah merahmati segala usaha kerdik kami ini. Segala kebaikan hanya dari Allah dan segala kesalahan dan kekilafan hanya dari diri kami sendiri.
semoga ketemu di lain waktu. Wassalam


Courtesy Visit to H
Alham


Comments