KEMBARA SYAHADAH - KEMBOJA



CORETAN PERJALANAN SYAHADAH KEMBOJA

Hari Pertama ketibaan . Kami terus ke Embasy Malaysia di Phonem Pehn . Kami di sambut oleh Deputy Chief of Mission Tuan Ruzaimi Mohammad dan Setiausaha Pertama. 




Usai ziarah dan menyampaikan taklimat mengenai Would Syahahdah Council dan program kami di New Delhi pada hujung tahun nanti kami meneruskan perjalanan ke Hotel yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Jalan yg kurang baik menyebabkan kelewatan untuk kami Check in.

Hari ke dua  perjalanan di teruskan bersama rombongan seramai 35 jemaah bergerak ke penempatan Kampung Tenot, Kraceh yang jarak nya 255km dari bandar Phnom Penh yang memakan masa selama 5 jam lebih. Terdapat hampir 500 keluarga muslim yang rata ratanya boleh berbahasa Melayu.
Majlis berlangsung di Madrasah Nurul Yaqin




"Tiada yang lain selain dari Kalimah Syahadah, tanpa ilmu kalimah syahadah walaupun amalnya banyak ianya akan hancur kosong, tiada faedah kepada seseorang, Kalimah syahadah apabila diletakkan dalam qalbinya, semua amal akan diterima Allah, walaupun ilmu sebanyak mana pun jika tiada kalimah syahadah di dalam qalbinya maka semua amalan akan hancur"
-Ustaz Rashid

(Madrasah Nurul Yaqin, Kraceh, Cambodia)




Hari ke 3. 10hb Mac Kami masih di Kraceh Kemboja. Setelah 3 hari ziarah kami. Kami di jemput menyebarkan Syahadah di Masjid Kracheh dan bertemu Jemaah Tabliqh dan menyampaikan  ilmu dan amal serta kepentingan Syahadah.

Sempat juga kami bersilatorahim dan menyampaikan kalimah Haqq ini pada jemaah Madrasah Tasdiqiah Annur bertempat di Ampil. Lebih kurang 100 pelajar nya mendengar tausiah dan perkongsian dari Jemaah kami. Antara nya Daei Muda adik Danish serta Dr Sham Rizal, Ustaz Suhaimi dan Ustaz Abdullah dari Aceh.

Dengan Rahmat dan Izin  Nya seorang insan yang terpilih driver auto yang membawa Tuan Sheikh Dr Ismail Kassim dengan rela hati setelah berbicara dengan Tuan Sheikh mengangkat Syahdah kembali kepada Fitrah. Majlis berlangsung di sebuah masjid di saksikan dengan sekelian penduduk kampung. 
Pada malam nya seramai 60 penduduk kami hadir ke hotel penginapan kami untuk berjumpa dan ingin mendengar tausiah dari Sheikh Dr Ismail. Maka kami berusaha mendapatkan dewan dengan serta merta. ALhamdulillah majlis berjalan lancar.







Hari ke 4 perjalanan di teruskan dari Kraceh ke Phnom Penh. Perjalanan mengambil masa 5jam. Dengan Cuaca yang panas terik serta jalan tanah merah serta berdebu di serikan alunan qasidah dari Jemaah Aceh Tuan Hamdani membuat kan kami bersemangat dan Tausiah serta ulasan ilmu dan pengkongsian Dari Tuan Rusyaire , Ustaz Abdullah , Ustaz Suhaimi serta Sheikh Dr Ismail Kassim sendiri membuatkan perjalanan 5jam tidak tersia. Malah menambah semangat juang kami. 
Dalam perjalanan kami singgah di Madrasah As Sobirin di Prey Pis, Perkampungan Chhnang bertemu dengan Ketua unit Daqwah Komboja Ustaz Haji Sulaiman . Kami tiba di hotel lebih kurang jam 8.30 malam





Hari ke 5 - Hari Free n Easy untuk kami. Namun hati jemaah meronta ronta ingin meneruskan daqwah. Terpecah kepada 2 kumpulan , yang mana kumpulan Pertama meneruskan
perjalan ke perkampungan nelayan. Daqwah kalimah Tauhid terus di sebarkan . Airmata menjadi saksi bahawa kita pernah bersaksi di Alam Arwah dahalu. Coretan pengalaman tidak dapat di rungkai di laman blog ini. Hanya sekadar pengkongsian dengan kata kata namun hakikat nya ia terlalu indah dan bahagia untuk di gambarkan. Sesungguh nya yang baik hanya dari Allah , dan yang buruk itu dari kekilafan kami sendiri. Semoga ketemu lagi di kembara akan datang



Semoga ketemu lagi. Wassalam

Comments

  1. Jihad utk takiyatunnafs diri sendiri...bertemu kembali di kemboja wahai jiwa 2 yg kehausan ilmu syahadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Dr Khadijah menjadi perantara untuk kami sampai di sana. Moga tidak sering mengurus lagi

      Delete
  2. Subhanallah. Kembara jihad yang sungguh mengujakan. Dapat ku bayangkan jiwa2 yang telah mendapat sentuhan syahadah & kasih sayang dari anda semua, umpama tanaman yang menerima siraman, akan segar, berbunga dan berbuah.... MashaAllah!!

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah.. seronoknya dapat kembara. Semoga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. semoga sama sama kita memertabatkan ilmu Syahadah

      Delete

Post a Comment