TESTIMONI
Saya adalah
seperti insan-insan lain sentiasa berusaha untuk berjaya dalam hidup dengan
berusaha mencari segala ilmu baik dari segi teknikal dan tidak terkecuali ilmu
ugama. Segulung ijazah tidak
menjanjikan kebahagian tetapi lebih terdedah dengan cabaran dari musuh-musuh
Allah Azawajalla yang di jangka dan tidak di jangka.
Saya telah mula
mengenali ilmu Syahadah ini ini pada tahun
2013 dimana sebelum ini telah merantau bertahun-tahun mencari ilmu hakiki
dengan satu niat untuk berjaya di dunia
dan akhirat. Banyak guru2 fekah/syariat yang telah ditemui tetapi amat sedikit yang mengajar di dalam ilmu hakikat. Bagaimanapun setelah di maklumkan melalui ceramah-ceramah YM
Sheikh dalam You Tube oleh sahabat
terdekat , secara tiba2 jiwa saya merasa sesuatu yang amat luar dari
biasa.
Fakta-fakta yang amat jelas dari Kitab Mulia Alquran yang di sokong dengan
Hadith-hadith yang Sahih telah di sampaikan dengan begitu meyakinkan oleh YM Sheikh Dr. Ismail telah membuka
matahati saya untuk mempelajari ilmu ini. Bagaikan tidak boleh ditahan-tahan
lagi air mata saya terus mengalir deras. Jiwa saya bergolak untuk menemui YM
Sheikh yang dijangka hadir di Pulau Besar Melaka dalam tempoh terdekat. Setelah
bersanad jiwa saya menjadi lebih yakin dan tenang dan seterusnya menyambung
pembelajaran sehingga kehari ini dan seterusnya hingga akhir kalam. Surah Muhamad ayat 19 jelas menyatakan
kita diwajibkan mencari ilmu hakikat ini daripada ahlinya dengan membuat
pengorbanan dari segi masa, kewangan , kesungguhan tanpa sebarang keraguan
kerana ia adalah ilmu imanyang Haq.
Keyakinan
Dalam tempoh 5 tahun mengikut ilmu Syahadah ini saya
telah melaluinya dengan izinNya jua menerusi pelbagai majlis dan kem di dalam
dan luar negeri dimana banyak suka duka
telah ditempuhi. Bagaimanpun sehingga ke hari tulisan ini dikeluarkan keyakinan
saya semakin tinggi tanpa berbelah bagi. Bagi saya penemuan dengan YM Sheikh adalah satu anugerah
Illahi yang tiada nilainya walaupun dibandingkan dengan segala kekayaan
di dunia ini. Bagi saya mempelajari ilmu hakikat melalui Ahlul Baytinabi yang dilantik
merupakan satu anugerah dan kelebihan yang
tiada tandingannya walaupun kita berjumpa dengan ahlul-ahlul bait di keliling kehidupan kita.
Sesungguhnya ajaran yang dibawa oleh YM Sheikh adalah Sunah Waljamaah peringkat tertinggi
dimana ia melibatkan ilmu Hakikat
yang tiada tolok bandingnya. Dunia dah menuju kepada
penghujungnya, semua tanda-tanda kecil kiamat
telah sempurna di perlihatkan dan tanda-tanda dalam separa besar satu persatu sedang
berlaku . Bila ditanya pada diri kita, adakah ilmu Syariat sahaja sudah memadai untuk
menghadapi musuh-musuh Allah yang sebahagian besarnya berada di alam hakikat ?
Ilmu ini amat mudah dan YM Sheikh telah menerangkan dengan jelas satu persatu
tanpa rasa curiga dan kami dinasihatkan untuk melakukan Solat sunat Hajat / Istiharah bagi menambah keyakinan di tahap ilmu ini tanpa
sebarang keraguan. Hanya airmata keinsafan yang tidak dapat di kekangi lagi.
Mengenal ilmu ilah
Hanya dengan
ilmu Syahadah ini saya dapat mempelajari
mengenal ilmu ilah dimana ia menuju untuk mengenal Allah Subhanawata’ala.
Dengan mendalami dan bersanad dengan YM Sheikh , qalbu kami diisi dengan ilmu
ini saya dapat mentauhidkan Allah Azawajalla di
peringkat tertinggi kerana sebelum ini kita meletakkan keesaan pada
tahab biasa2 sahaja.
Selama ini ilmu
Syahadah tidak diajar di peringkat sekolah dan universiti kerana ilmu ini hanya
boleh di ajar oleh Baginda Rasullullah Salallahualaihiwasalam dan Ahlulbaitin Nabi yang dilantik setiap 100
tahun dan ini dinyatakan dengan jelas dalam hadith sahih. Selama ini kita hanya
disogokkan dengan ilmu fekah tanpa menekankan dengan ilmu hakikat . Tanpa
mempelajari ilmu ini kita akan mengilahkan
makhlok berbanding Allah Subhanawataa’la dimana menjuruskan kita kepada dosa
paling besar (syirik).
Penggunaan nama tuhan
Penggunaan nama
tuhan kepada Allah Azawajalla amat tidak bersesuaian dan ia seolah-olah
menghina keagungan pencipta. Ini adalah tipudaya iblis untuk menyesatkan
manusia. Surah Al-a’la ayat pertama jelas menyatakan “ sabbihihismarobbikala’la (
bertasbihlah mensuci nama Robbmu dari segala sifat kekurangan). Tanya pada diri kita, adakah wajar utuk kita
meneruskan kemungkaran ini? Tidak hairanlah jika doa-doa kita terhijab kerana kejahilan kita terhadap ilmu dan lebih
malang lagi kita tidak mempunyai usaha untuk mencari ilmu tersebut.
Menyebarkan kerja Dakwah ( Daie)
Selain berubah
dari menjadi orang muslim kepada orang mukmin, sebagai jemaah kita mempunyai
kewajipan untuk menyampaikan ilmu ini kepada pihak lain terutama muslimin kerana
ia adalah kewajipan yang benar. Selain dari itu kita digalakan untuk mendoakan
keseluruhan umat Nabi Muhamad agar diberikan hidayah dan kesejahteraan .
Kemuncak dari menjadi orang beriman dan beramal soleh ini adalah takwa kerana ia merupakan kemanisan
yang hakiki. Dalam surah Muhamad ayat 7 jelas menyatakan jika kita menolong Allah
Azawajalla maka kita akan mendapatpertolonganya untuk menghadapi musuh-musuhnya selain akan diteguhkan
kedudukan kita didunia dan akhirat.
Adab
Apa yang menarik
dalam mempelajari ilmu Syahadah ini
adalah penekanan dari adab . Selama ini
saya tidak pernah di dedahkan dengan adab berilmu. Beradab membuat saya menjadi
lebih yakin kerana merendahkan diri ilmu hakikat ini akan terus masuk di dalam
qalbu kita membuat kita lebih ikhlas dan tenag tenang selain menitiskan airmata kesyukuran tanpa kita sedari. Sesungguhnya Baginda
Rasullulah Sallallahua’laihiwasallam diutuskan untuk menyempurnakan adab dan
bukan menekan dalam bab ilmu terlebih dahulu. Iblis laknatullah beribadat 700
ribu tahun, tetapi satu rakaat pun tidak di terima oleh Allah subhanawata’ala.
Jika kita tidak beradab tetapi hanya mementingkan ilmu maka kita juga sama
dengan iblis.
Kesimpulan
Secara
kesimpulannya saya ingin menyatakan bahawa ajaran ilmu Hakikat yang dibawa oleh YM Sheikh ini adalah
menjuruskan kepada ilmu Haq yang sebenar. Allah subhanawata’ala adalah benar,
Rasullullah Sallallahu’alaihiwasalam benar, Alquran adalah benar,Malaikat
adalah benar dan Ahlulbait/ Aulia adalah benar. Fakta-fakta yang sangat jelas daripada kitab
suci Alquran termasuk Hadith yang sahih yang di nyatakan telah menaikan
keyakinan saya dari hari kehari selain menjadikan jiwa semakin tenang tanpa
berbelah bagi. Melihat ilmu ini dengan matahati adalah cara terbaik untuk kita
menilaikannya dengan cara terbaik. Ilmu syahadah ini adalah ilmu tertinggi
untuk saya menghindari dari melakukan Syirik Kahfi( syirik tersembunyi ) dimana tanpa kita sedari melakukannya setiap
hari dan saat. Syirik merupakan dosa yang tidak diampuni oleh Allah Azawajalla
seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam surah An-Nisa ayat 48 dan 116 ( bawalah dosa-dosa sebesar dunia akan ku ampunkan kecuali dosa-dosa
syirik)
Kepada YM Sheikh
dan seluruh ahli keluarga , saya ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah
bagi di dalam perkembangan ilmu haq ini
hingga akhir nanti. Adalah satu penghormatan yang tertinggi jika saya dapat berkhidmat
dengan sebaik mungkin di dalam menyampaikan ilmu mulia ini. Aamiin…
Jazakallahhukhairan
khatira….
Roslee bin Abd Rashid
Usahawan
Makanan Johor Bahru
(
Mantan Jurutera & Pengurus Bangunan
Comments
Post a Comment