Seminar Magnet Syahadah 2015 - Testimoni

Seminar Magnet Syahadah 2015

Kesan saya rasakan mengagumkan adalah ketenangan kerohanian, yang tidak mampu diungkapkan, setelah mengikuti Seminar Magnet Syahadah 2015. Walau waktu itu, belum faham tentang ilmu kalimah lailahaillAllah, namun kata-kata Sheikh Dr Ismail Kassim, menjawab pertanyaan di hati, “Nikmat, keseronokan berzikir itu dapat dirasakan kerana, hasil biasan, mendengar  mereka yang mengucap lailahaillAllah, berzikir dengan faham ilmuNya”
Itulah hebatnya, kalimah lailahaillAllah yang terkandung dalam rukun islam pertama yang  didakwahkan oleh Nabi Mulia sollallahualaihiwasalam.

Benarkah Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat?

Saya sangat bersyukur, akhirnya ALLAH menguatkan hati saya untuk pergi ke Seminar Magnet Syahadah 2015 tersebut. Saya masih ingat, sebelum saya pergi, saya juga suka mendapatkan maklumat dari internet. Banyak sungguh, cerita tentang fitnah saya baca ketika itu. Namun apabila memohon petunjuk Allah dari apa yang dibaca, saya tak merasakan itu sesat. Alhamdulillah, saya tidak membaca, youtube yang telah diubahsuai, diedit oleh pemfitnah.
Kesyukuran yang tidak terhingga, kerana qudrahNya jua melangkahkan kaki saya ke seminar Magnet Syahadah 2015. Allah yang menguatkan hati, agar tidak terpengaruh dengan fitnah yang berleluasa.
“Belum berkata apa-apa, hanya melihat Sheikh Dr Ismail Kassim, masuk ke dewan, saya sudah menitiskan air mata.” Itulah kesan terawal, yang saya rasakan. Dulu saya tidak faham mengapa.
Kini, setelah faham tentang erti sebenar perkataan syahadah(menyaksi) dari rukun Islam Pertama, baru saya tahu, apa yang membuatkan air mata ini mengalir tiba-tiba sewaktu itu. Mengapa diri di dalam ini, syahdu, tenang, meruntun pilu. Semuanya, ada kaitan dengan janji kita pada Allah di alam roh, yang kita akan bersaksi (bersyahadah), di alam ini.
Surah Al A’raf ayat 172, “Dan (ingatlah) ketika Robbmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Robb kamu?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Robb kami), KAMI BERSAKSI. (bersyahadah)” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini”.
Alhamdulillah, di sini ingin saya kongsikan sebuah buku tentang pengalaman kerohanian seorang penulis, yang akhirnya setiap persoalan dari apa yang dilalui dari kecil hingga dewasa, semuanya terjawab dengan ilmu Syahadah lailahaillAllah.
nikmat syahadah
buku menyaksi rahsia bicara kasihNYA
Buku bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA, boleh diperolehi dari webiste www.nurulaein.com  Bahagian akhir buku ini juga, menceritakan kisah beliau yang turut menjadi peserta seminar tersebut, pada 2015. Moga ia menjadi sebuah inspirasi spiritual yang boleh dikongsi dalam membangunkan kerohanian dalaman insan.

Pesan Sultanul Awliya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani qsa

” Jika ingin mencari guru yang mursyid yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki maqam tauhid :
Bangunlah pada sepertiga malam, lakukan solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut :
” Ya Allah..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau, iaitu orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau dan memberi tahu kepadaku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan. ”
” Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hambaMu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaanMu dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu. ”
wassalam.

Comments