PENGERTIAN DAN TUNTUTAN SYAHADAH
“Agama Islam dibina di atas lima rukun iaitu mengucap dua
kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji
ke Baitullahilharam dan puasa pada bulan Ramadan.” Setiap orang yang ingin
memeluk Islam hendaklah mengucapkan kalimah syahadah ini. Inilah yang dilakukan
sejak zaman Rasulullah صلى الله عليه و سلم , cantohnya ketika Islamnya Abdullah Bin Salam yang
asalnya seorang pendeta Yahudi. (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Rasulullah صلى الله عليه و سلم telah menjanjikan banyak kelebihan yang
terdapat pada penyaksian agung ini. Sabda baginda صلى الله عليه و سلم dalam hadis riwayat
Muslim, yang bermaksud :
“Aku bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan
bahawasanya aku adalah rasul Allah. Tidaklah seorang hamba yang bertemu Allah
dengan dua kalimah ini tanpa sebarang syak melainkan akan masuk syurga.”
Sabda baginda lagi dalam hadis riwayat Muslim, yang
bermaksud:
“Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah
dan bahawa Muhammad صلى الله عليه و سلم adalah utusan Allah, nescaya Allah
haramkan ke atasnya neraka.”
Ramai manusia telah menuturkan kalimah syahadah ini; namun
ia tidak memberi apa-apa makna dan manfaat. Ini kerana, ia sekadar diucap
dengan pengucapan kosong tanpa kesedaran dan penghayatan pada makna serta
tuntutannya. Justeru, Rasulullah صلى الله عليه و سلم telah meletakkan syarat bagi mencapal
kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu.
dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :
“Barangsiapa mati dalam keadaan dia mengetahui bahawasanya
tiada Ilah melainkan Allah, nescaya dia masuk syurga.”
Syahadah dan penyaksian لا إله إلا الله محمد رسول الله
membawa maksud: suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada Ilah yang berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa nabi
Muhammadصلى الله عليه و سلم adalah hamba dan pesuruh Allah.
Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang pertama iaitu
“Tiada Ilah Melainkan Allah” adalah seperti berikut:
1. Menuturkan
kalimah dalam keadaan mengetahui dan memahami maksudnya sebagaimana firman
Allah dalam surah Muhammadصلى الله عليه و سلم , ayat 19 :
“Ketahuilah bahawasanya Tiada Ilah melainkan Allah…”
2. Beramal dengan
maksud kandungan kalimah itu. la adalah asas pengutusan para rasul, sebagaimana
firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 25:
“Dan tidak Kami utuskan seorang rasul pun sebelum kamu
melainkan kami wahyukan kepadanya,
bahawa tiada Ilah melainkan Aku, maka abdikaniah diri
kepada-Ku”
3. Menyerah diri
kepada Allah SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 128:
“Ilah kami! Jadikanlah kami ber dua (Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail) menyerah diri kepada-Mu dan juga dari zuriat kami satu umat yang menyerah diri
kepada-Mu…”
4. Membenarkan
segala yang datang daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah
An-Nisa’, ayat 87 :
“…dan siapakah yang lebih benar percakapannya daripada
Allah?”
5. Ikhlas dalam
melakukan pengabdian dan berlepas diri daripada sebarang bentuk syirik dan
khurafat.
Firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 11, yang bermaksud :
“Katakanlah wahai Muhammad صلى الله عليه و سلم! Sesungguhnya
aku diperintahkan untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam keadaan ikhlas
beragama kepada-Nya…”
6. Mengasihi Allah
melebihi segala yang lain, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat
165, yang bermaksud : “…dan orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.”
Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang kedua iaitu “Nabi
Muhammadصلى الله عليه و سلم hamba dan
pesuruh Allah”
adalah seperti berikut:
1. Meyakini bahawa
Rasulullah صلى الله عليه و سلم adalah insan
pilihan Allah. Baginda juga bukan sekutu bagi Allah. Firman Allah SWT dalam
surah Al-Kahfi, ayat 110, yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad صلى الله عليه و سلم )!
bahawasanya aku ini adalah manusia biasa seperti kamu yang diwahyukan kepadaku.
Bahawasa nya Ilah kamu adalah Ilah yang
satu”.
2. Meyakini bahawa
baginda Rasulullah dipelihara oleh Allah daripada terjebak dalam sebarang
bentuk dosa. Baginda صلى الله عليه و سلمjuga dipelihara daripada tersalah dalam menyampaikan
risalah Allah.
3. Mentaati segala
perintah Rasulullah dan menjauhi segala larangarinya. Firman Allah dalam surah
Al-Hasyr, ayat 7, yang bermaksud :
“Dan ара yang dibawa datang kepada kamu oleh Rasulullah صلى الله عليه و سلم hendaklah kamu ambil dan ара yang baginda larang, maka hendaklah kamu
tinggalkan.”
4. Membenarkan
setiap yang baginda sampaikan. Ini kerana baginda tidak berkata-kata
sebarangan, sebaliknya ia adalah panduan daripada Allah. Firman Allah dalam
surah An-Najmi, ayat 3 dan 4, yang bermaksud :
“Dan dia yakni Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم tidak
bertutur dengan hawa nafsu, sebaliknya ia adalah wahyu yang diutuskan oleh
Allah.”
5. Mencintai Nabi melebihi makhluk yang lain. Sabda
rasulullah صلى الله عليه و سلم dalam hadis riwayat Al-Bukhari:
Maksudnya:
“Tidak beriman seorang daripada kamu hinggalah dia menjadikan
aku yang paling dicintai melebihibapanya dan anaknya serta semua manusia.”
Sempurnakanlah tuntutan dua kalimah syahadah ini. Semoga ia
dapat membebaskan jiwa raga daripada perhambaan kepada sesama makhluk kepada
perhambaan kepada Allah SWT serta mengelakkan diri daripada mengikut petunjuk
selain petunjuk Rasulullah صلى الله عليه و سلم
Ilmu dan Ajaran yg di ajar oleh Sheikh Dr Ismail Kassim
Hanya lah yg tersebut di atas , menegaskan dan kerana keberanian dan menegak kan kebenaran itu maka beliau di fitnah. Tidak semua ulama berani berkata benar kerana risau akan periuk nasi mereka akan tertutup.
Bagi Sheikh Dr Ismail Kassim yg tidak pernah memperdulikan akan kata kata dan tomahan masyakat membangkit kebencian ramai pihak.
Namun sokongan ulama luar negara membuktikan akan kebenaran ilmu Syahadah. Terbukti di program bertaraf antarabangsa yang di anjurkan pada bulan Julai 2017. InsyaAllah program akan berlangsung di NewDelhi pada tahun 2018 nanti.
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteاَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞_*
Alhamdulillah..syukur pd Allah Ya Rahman Allah Ya Hakim Allah Ya Rahim
Nikmat ketenangan mempelajari ilmu syahadah memang tidak boleh diganti dengan nikmat dunia.
Nikmat dunia hanya sementara. Tetapi nikmat dalam Iman kekal hingga ke akhirat...
Semoga Allah terus membukakan qalbu saya istiqomah beramal....
Nikmat bersyahadah ini harus ditanamkan diperingkat awal dikalangan kanak2. Supaya generasi yg ada sekarang tidak hanyut dengan laghonya dunia.
Assalamualaikum. Alhamdulillah sangat bermanfaat. Mohon Share ye..
ReplyDeleteAlhamdulillah. semoga memberi manfaat. Yang baik hanya dari Allah. kekilafan hanya dari diri saya sendiri.
Delete