Disetiap Turun Naik Nafas



FIRMAN ALLAH DALAM HADIS QUDSI;


Allah telah memberi wahyu kepada Musa عليه السلام. Nabi Bani Israel, bahawa; "Barangsiapa bertemu dengan Aku, padahal ia engkar kepada Ahmad (ﷺ), nescaya Aku masukkan dirinya kedalam Neraka"

Musa عليه السلام berkata; "Siapakah Ahmad itu wahai Robb-ku?"
ALLAH berfirman; "Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandangan-Ku daripadanya. Telah Ku tuliskan namanya bersama nama-Ku di 'Arasy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi. Sesungguhnya syurga itu terlarang bagi semua makhluk-Ku, sebelum ia dan ummatnya terlebih dahulu memasukinya"

Musa عليه السلام berkata; "Siapakah ummatnya itu?"
Firman-Nya; " Mereka yang banyak memuji ALLAH. Mereka memuji ALLAH sambil (nafas) naik, sambil (nafas) turun dan pada setiap keadaan . Mereka mengikat pinggang (menutup aurat) dan berwudhu' membersihkan anggota badan. Mereka berpuasa di siang hari bersepi diri dan berzikir sepanjang malam. Aku terima amal yang dikerjakan dengan ikhlas meskipun hanya sedikit.. Akan Ku masukkan mereka ke dalam Syurga kerana kesaksian-nya; " Tiada Ilah yang sebenarnya selain ALLAH  "

Musa berkata; "Jadikanlah saya Nabi Ummat itu?"
ALLAH berfirman; "Nabi Ummat itu dari mereka sendiri"

Musa berkata lagi; "Masukkanlah aku ke dalam golongan Ummat Nabi itu?" Allah menerangkan; "Engkau lahir mendahului Nabi dan Ummat itu sedang dia lahir kemudian. Aku berjanji kepada-mu untuk mengumpulkan engkau bersamanya di Daarul-Jannah"



#akulahhasmahmu








Comments