Testimoni Syahadah - Ustazah Ramalia Darul Hadis

Testimoni Syahadah oleh Ustazah Ramalia tenaga Pengajar Mujama Darul Hadis Kedah


Masih segar di dalam ingatan ketika beberapa tahun yang lalu seorang sahabat menghantar sebuah mesej kepada suami yang isinya mengajak kami berdua untuk mempelajari Ilmu Syahadah dan Ilmu Kalimah Laailahaillallah, beliau juga menyebutkan bahwa selama ini kita telah mempelajari banyak kitab-kitab yang berkaitan dengan tauhid dan aqidah termasuk didalamnya ilmu sifat 20, tetapi adakah kita sudah boleh mempraktikkannya? adakah kita sudah memperoleh ketenangan yg sebenarnya?adakah kita boleh merasakan kehadiran Allah yang sentiasa bersama kita 24jam? saya akui saya masih jahil, sama sekali belum merasakan ketenangan yg hakiki, apatah lagi utk benar-benar merasakan kehadiran Allah 24 jam bersama kita (ehsan) meskipun sudah banyak saya mempelajari kitab-kitab, tapi ilmu itu baru sebatas akal saja blm mampu menembus qolbu apalagi menembusi roh ini.

Sahabat kami pun sekali lagi menyebutkan, syahadah bukan hanya diucap di bibir saja tapi ianya perlu di amalkan juga  sebagaimana rukun islam yang lainnya. Sungguh, pertama kali dalam hidup kami baru tau bahwa rukun islam pertama wujud ilmu dan amalnya, sehingga akhirnya saya berkata pada suami "Abang, mungkin inilah sebenarnya ketenangan yang selama ini kita cari-cari, mungkin ini adalah jalan yang telah Allah takdirkan untuk kita"


Sungguh tiada terlintas sedikitpun keraguan terhadap ilmu ini,bahkan bagi saya ilmu ini wajib wujud, kerana bagaimana mungkin orang kafir boleh berubah nasibnya 360 derajat menjadi muslim, hanya dengan mengucapkan 2 kalimah syahadah saja tanpa mengucapkan kalimah-kalimah yang lain, nampak begitu mudah..tapi takkan begitu mudah, mesti terdapat rahasia besar di dalamnya, maka kami bulatkan tekad untuk mempelajari ilmu ini. 

Sejak itu dengan langkah pasti keesokan harinya kami berjumpa dengan YM Guru kami Syeikh Dr. Ismail Kassim untuk bersumpah janji setia istiqomah mempelajari ilmu ini.

Sheikh Ismail Tidak Sesat

Alhmdulillah setelah beberapa tahun kami mempelajari ilmu syahadah melalui bimbingan YM Mursyid kami, barulah kami merasai ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar, sebagaimana yg pernah disebutkan dalam kitab Haqaiq Ani Tasawuf tulisan Syeikh Abdul Qodir Isa, beliau menyebutkan bahwa Guru Mursyid ini umpama dokter pakar, dia boleh tau segala penyakit yg ada dalam diri kita dan ubat apa yang sepatutnya digunakan, jadi begitu pula dengan YM Sheikh Ismail Kassim, dengan sabar beliau membimbing kami mengenali hakikat insan sebenar, termasuk mengenali penyakit yang paling berbahaya dalam diri kami yaitu kesyirikan..betapa saya baru sedar bahwa selama ini ternyata saya berada dalam kesyirikan 24 jam, dalam makan, minum, berjalan, bercakap dn semua tindakan saya masih penuh kesyirikan.


Sungguh betapa bersyukurnya diri ini, kerana Allah masih beri kesempatan pada kami untuk berada di jalan ini, meskipun penuh onak duri, termasuk fitnah-fitnah keji terhadap YM Guru kami yang belum lagi terbukti kesahihannya.

Selama beberapa tahun kami dalam bimbingan Guru kami, kami tidak nampak pun tuduhan2 dan fitnah itu berlaku pada Guru kami, janganlah dulu menilai sebelum kita benar2 mengenali siapa beliau.

Sebelum saya akhiri tulisan ini, dengan merendah diri hamba ingin menuliskan sedikit tentang kesan yang begitu mendalam dalam diri ini ketikan saya menghadiri program mega antarbangsa yang baru pertama kali hadir di Malaysia, iaitu program World Syahadah Council yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 07072017 lepas. Masih segar dalam ingatan betapa kehadiran ulamak2 sedunia yang menyokong tersebarnya ilmu syahadah di seluruh dunia sangat mengharukan diri ini. manakan tidak, di tempat sendiri banyak orang yang menentang, tetapi di luar negara dan ulamak2 mereka berkumpul dalam satu suara menyokong perjuangan YM Sheikh dalam menyebarkan ilmu ini, mereka adalah ulamak2 ahlussunnah yang sangat terkenal di negara mereka, mustahil rasanya kalau mereka menyokong kesesatan.Justeru mereka sebulat suara bersetuju dan membenarkan wujudnya ilmu rukun islam pertama beserta amalannya. Masih ingat ada seorang ulamak yang memberi jawaban penuh keyakinan ketika disebutkan fitnah yang melanda terhadap YM Sheikh dan ilmu syahadah, beliau mengatakan "ilmu syahadah mana boleh sesat, laailaahaillallah tak boleh sesat..kalau ilmu feqah boleh sesat, ilmu tauhid pun masih boleh sesat, tapi ilmu laailaahaillah tak mungkin sesat..ilmu laailahaillallah ada diatas ilmu2 yang lain"..subhanallah kata2 beliau semakin membuat kami yakin, meskipun beliau baru sekali dua berjumpa dengan YM Syeikh Ismail Kassim.

Syahadah membawa Iman

Didalam program itu juga hamba baru betul2 merasakan apa itu harmoni, mercy,love...sebagaimana motto WSC wujud dalam  program itu..kami menyaksi sendiri kasih sayang yang wujud diantara YM Sheikh, ulamak2, para tetamu dan jemaah..kasih sayang dan cinta benar2 wujud  pada masa itu, sehingga hamba ingin berdoa agar Allah hentikan masa, sebab hamba ingin sentiasa berada dalam suasana seperti itu..sehingga saya menulis ini, saya masih berharap Allah sudi campakkan saya dalam suasana
yang serupa dgn suasana pada masa itu.

Oleh sebab itu marilah wahai sahabat kita bersama bersegera menuju kepada Allah, firman Allah :

فَفِرُّوْۤا اِلَى اللّٰهِ ۗ  .....

"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah.."
(QS. Az-Zariyat 51: Ayat 50)

Iaitu dengan mempelajari ilmu kalimah Laailahaillallah, sebagaiman dalam firman Allah

فَاعْلَمْ اَنَّهٗ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ....
"Maka pelajarilah ilmu kalimah laailahaillallah.."
(QS. Muhammad 47: Ayat 19)

Kerana ini saja kalimah yang dapat mensucikan diri kita daripada kesyirikan yg selama ini kita lakukan 24jam. Dan kalimah ini jugalah satu2nya kalimah yang boleh menyatukan kita semua. Sebagaimana firman Allah
Allah SWT berfirman:

قُلْ يٰۤـاَهْلَ الْكِتٰبِ تَعَالَوْا اِلٰى كَلِمَةٍ سَوَآءٍۢ بَيْنَـنَا وَبَيْنَكُمْ اَ لَّا نَـعْبُدَ اِلَّا اللّٰهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهٖ شَيْــئًا وَّلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا اَرْبَابًا مِّنْ دُوْنِ اللّٰهِ ۗ  فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُوْلُوا اشْهَدُوْا بِاَنَّا مُسْلِمُوْنَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri"
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 64)

Comments